Kejuaraan silat seni dan silat Melayu ini telah dianjurkan secara bersama oleh KCH dan MPAJ di Kompleks Muhibah Ampang Jaya, Taman Nirwana, Ampang, Selangor.  Kejuaraan yang telah diadakan pada 13 & 14 Mei 2017 ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tuan Haji Abd. Hamid bin Hussain.  Semua sekolah yang dikendalikan oleh KCh di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta beberapa pasukan jemputan telah menyertai kejuaraan kali ini.