Malam Anugerah Cemerlang KCH 2017 telah diadakan pada 21 Mei 2017 di Kelab Darul Ehsan, Ampang, Selangor.  Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan para penyumbang, pencapaian para pesilat dan penganugerahan bengkung hitam kepada para jurulatih dan guru KCH.  Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tuan Haji Abd. Hamid bin Hussain.  Turut hadir wakil Jabatan Pelajaran Wilayah Kuala Lumpur, Pengerusi Arthos Trust dan Pengerusi PSGFM.