Luaskan empayar kita!
Sejarah
Guru Kanan Halim bin Hamit merupakan seorang pendidik silat Melayu yang bergiat aktif di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Beliau telah diasuh menjadi seorang jurulatih silat dan kemudiannya diangkat menjadi guru silat oleh Allahyarham Pendeta Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN, Guru Utama PSGFM. Beliau mula berkhidmat sebagai pendidik silat pada tahun 1993 dan masih aktif menyampaikan amanat gurunya kepada anak bangsa sehingga ke hari ini.
Kelab Cikgu Halim (KCH) ditubuhkan pada tahun 2009 oleh anak-anak didik Cikgu Halim bin Hamit untuk meyertai pertandingan silat di peringkat Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia (PSGFM). Terkenal dengan pemakaian samping ikat pancung dan tengkolok Belah Mumbang Songsang kain batik berwarna hijau hitam, kumpulan ini ditubuhkan dari suka-suka kepada satu pertubuhan yang berdaftar yang menjalankan perkhidmatan pendidikan silat secara serius melalui Kurikulum Silat PSGFM Moden Piawai 2002 di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta beberapa negara lain seperti Perancis, German dan Indonesia.
Pendaftarannya telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 1 September 2015 dengan nama Kelab Silat Cikgu Halim (KCH) dengan melantik Cikgu Halim bin Hamit sebagai Pengerusinya yang pertama.
Organisasi
Pengerusi | Cikgu Halim bin Hamit |
---|---|
Timbalan Pengerusi 1 | Cikgu Mohd Emy Fadly bin Dato’ Seri Abd Azis |
Timbalan Pengerusi 2 | Cikgu Mohd Nazim bin Ismail |
Setiausaha | Cikgu Izhar bin Mat Isa |
Timbalan Setiausaha | Cikgu Ahmad Syahmi bin Abdullah |
Bendahari | Cikgu Muhammad Ikmal bin Halim |
Timbalan Bendahari | Cikgu Abdul Halim bin Abdullah |
Ahli Jawatankuasa |
|
Penyimpan Kira-kira | En. Mohammad Faizal bin Md Fadil |
Biro Kejurulatihan | Cikgu Mohd Emy Fadly bin Dato’ Seri Abd Azis |
Biro Teknikal Wasit & Juri |
|
Biro Pentadbiran |
|
Biro Media |
|
Biro Sukan dan Rekreasi |
|
AJK Muzik Silat |
|