Tuan Guru Halim bin Hamit

Ketua Guru Kanan PSGFM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 

LATAR BELAKANG

Tuan Guru Halim bin Hamit telah dilahirkan pada tanggal 30 Julai 1970 di Melaka.  Beliau yang mempunyai 3 orang adik beradik telah menetap bersama-sama keluarganya di Kampung Cheras Bharu, Kuala Lumpur.  Mendapat pendidikan awal di SK La Salle dan melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.  Beliau telah mendirikan rumah tanga bersama Pn. Rokiah binti Abd Hamid (Kak Eta) dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Ikmal bin Halim.

 

PERSILATAN DAN PENDIDIKAN SILAT

Mendapat didikan silat yang pertama pada tahun 1983 dari Cikgu Yazid dan kemudiannya dididik pula oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abd. Wahab AMN, Guru Utama PSGFM.  Beliau telah mula menceburi bidang pendidikan silat secara profesional sejak tahun 1990 sebagai seorang jurulatih silat PSGFM dan telah diangkat menjadi seorang guru pada tahun 2000 dan guru kanan PSGFM Kuala Lumpur oleh Guru Utama pada tahun 2009.  Sejak itu beliau telah melahirkan ramai guru dan jurulatih silat serta pesilat yang mewakili daerah, negeri dan negara.

 

“Allah suka dengan orang yang berusaha”

 

Itulah yang sering diingatkan kepada semua anak muridnya supaya selalu berusaha mencapai cita-cita baik di dalam bidang akademik, silat dan kehidupan.

 

 

KETOKOHAN DAN KEPIMPINAN

  1. Ketua Guru Kanan PSGFM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  2. Pengerusi Majlis Kejurulatihan PSGFM.
  3. Ahli Dewan Perguruan PSGFM.
  4. Ketua Jurulatih Pasukan Sukan Malaysia (SUKMA) Wilayah Persekutuan.
  5. Ahli Dewan Pendekar PESAKA Daerah Hulu Langat.
  6. Pengasas dan Pengerusi Kelab Silat Cikgu Halim (KCH).

 

 

PENCAPAIAN

  1. Mewakili PSGFM ke International Martial Arts Game 2005 di Perugia, Italy dan telah dinobatkan Juara Persembahan Terbaik Berkumpulan.  Kejuaraan ini telah disertai oleh 40 buah negara mewakili 11 seni beladiri terbaik dunia.
  2. mewakili PSGFM dan Malaysia mempromosikan silat di selurug bandar-bandar di Germany.
  3. Mewakili Kuala Lumpur ke Sukan Malaysia (SUKMA).
  4. Mewakili PSGFM ke Kejuaraan Silat Kebangsaan.